Tuesday, 16 October 2012



                                                Rakaman Video Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU( PENULISAN )

Tarikh/Hari       : 28-9-2012                                             Masa        : 11.00a.m – 12.00p.m

Kelas                : 5B                                                        Bil. Pelajar : 48 orang

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu(Penulisan)

Tajuk                 : Berkelah Di Tepi Pantai

Objektif              :  i) Murid-murid dapat menganalisis gambar yang diberikan dengan

                                teliti.

                             ii)  Murid-murid dapat membina 5 ayat majmuk atau ayat tunggal di

                                 bawah  bimbingan guru.

.Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid telah mempelajari kata kerja dan mengetahui

                                          hubungan antara subjek dan predikat.

Bahan                             :  Gambar tunggal, kad manila, pen marker, plastisin, kapur,

                                           papan hitam.

Nilai                                 : Menjaga keselamatan diri, menjaga kebersihan alam sekitar.

 
Kemahiran                      : mendengar, menyoal dan menjawab, memerhati,  
                                         menganalisis, perbincangan, membaca, menulis, menerapkan
                                         nilai-nilai moral.

Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

(+_ 5 minit)

 Guru meminta 4 orang murid untuk melakonkan situasi.

Situasi A:

Justina sedang mengulangkaji dengan bersungguh-sungguh.

Situasi B:

Eric sedang membuat senaman agar badannya sihat.

Situasi C:

Zi Xuan dan Xin Ern sedang berbual-bual dengan seronoknya.

 

1)    Guru menyuruh 4 orang murid untuk berlakon situasi di hadapan kelas.

2)    Guru meminta semua murid untuk meneliti situasi yang dilakonkan.

3)    Berdasarkan lakonan, guru mengemukakan beberapa soalan dan murid-murid menjawab soalan-soalan tersebut.

Kemahiran:

memerhati, menganalisis,

menyoal dan menjawab.

 

Perkembangan

(Langkah 1)

+- 10 minit

Gambar tunggal (sila rujuk

lampiran 1)

 

Membina ayat (sila rujuk

lampiran 2)

1)    Guru memperkenalkan tajuk pengajaran hari ini, iaitu “ Bahagian A – Berdasarkan gambar tunggal yang diberi, bina 5 ayat.”

2)    Guru meminta murid-murid untuk meneliti gambar tunggal yang dipaparkan di atas papan hitam.

3)    Guru membimbing murid-murid untuk membulatkan 5 perbuatan yang dilakukan oleh setiap watak.

4)    Murid-murid membina ayat secara lisan.

5)    Guru membetulkan ayat yang dibina oleh murid-murid.

 

BBM:

Gambar tunggal,

pen marker, plastisin,

papan hitam.

 

 

Kemahiran:

Menyoal dan menjawab, membina ayat.







Perkembangan
(Langkah 2)
+-10 minit
5 contoh ayat:
1)    Chee Ming dan
abangnya bermain bola dengan seronoknya.
2)    Adik
 Chee Ming membina sebuah istana pasir yang besar lagi cantik.
3)    Ibu bapa Chee Ming berkelah di bawah sepohon pokok yang rending.
4)    Seorang budak lelaki mengerang kesakitan kerana digigit oleh seekor ketam kecil.
5)    Beberapa orang budak lelaki sedang bermandi-manda di  laut yang luas membiru.
1)    Guru menyuruh beberapa orang murid untuk menulis ayat-ayat yang dibincangkan di atas papan hitam.
 
2)    Guru membimbing  murid-murid  untuk membaca ayat-ayat
tersebut.
 
 
 
3)    Guru mengarahkan murid-murid untuk menghabiskan latihan bina ayat.
BBM:
Papan hitam,
kapur.
 
Kemahiran:
Menulis, membaca.
 
Penutup
(5 minit)
Rumusan pelajaran:
Kita harus menjaga keselamatan diri semasa berkelah di tepi pantai.
Kita juga harus menjaga kebersihan sekitar supaya alam sekitar tidak tercemar.
1)    Guru menerapkan nilai-nilai moral selepas pengajaran topik ini.
Kemahiran:
Menerapkan nilai-nilai moral.
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2